KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN MELALUI E-MAIL

Dalam persekitran pembelajaran di sekolah, pelbagai strategi telah digunakan oleh Pentadbir/Guru Besar untuk membolehkan guru-gurunya memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka serta mencapai objektif yang telah digariskan. Kekangan-kekangan seperti kesuntukan masa mungkin menyebabkan guru-guru tidak dapat berinteraksi dan berkongsi pendapat dengan guru-guru lain. Oleh itu, komunikasi antara guru-guru melalui e-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan untuk menghubungkan komuniti pembelajaran (semua staf sekolah). Komunikasi ini membolehkan mereka saling menukar pendapat, idea serta bekerjasama secara kolaboratif dalam projek dan penyelesaian masalah.

2 comments:

Azizah Hassan said...

Kemudahan yang boleh digunakan pada zaman sekarang patut digunakan secara optimum, kerana media tersebut banyak membantu di dalam kerja-kerja pengurusan sekolah dan seterusnya dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ianya lebih pantas dan berkesan. Oleh itu saya sangat bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh cg. jenal.

money said...

Komunikasi melalui e-mail adalah cara yang mudah dan pantas di zaman globalisasi.

Lokasi SK Lanai