SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010/1431H

Sederhana tetapi meriah. Mungkin inilah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan suasana Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Lanai yang telah diadakan pada 5 Mac 2010 yang bertemakan ‘Memantapkan Ukhuwah Memperkasakan Ummah’.


Pelbagai acara menarik telah disajikan seperti perarakan, pertandingan azan, pertandingan kuiz, pertandingan nasyid dan pertandingan busana islam.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa majlis sambutan berlangsung :


Perarakan dari SK lanai ke Kampung pantos.



Setibanya di Kampung Pantos


Saya sedang memerhatikan guru-guru bersama murid-murid.


Persembahan nasyid dari murid-murid.


Kelihatan guru-guru yang menjadi hakim sedang berbincang.


4 comments:

sklembahjabor said...

Wow..hebatnya panorama di SK Lanai. Walaupun lokasinya jauh di luar bandar, dan berstatus sekolah asli, namun ia tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab menyemarakkan syiar Islam. Tahniah Nal!

Anonymous said...

Pada masa kini, kita dapati cara murid belajar amat berbeza jika dibanding dengan masa dahulu. Dengan ledakan dan teknologi terkini, bukan buku sahaja yang sesuai lagi digunakan sebagai alat tunggal dalam P & P.

Terdapat pelbagai bahan alat bantu mengajar yang boleh digunapakai dalam P & P berkesan. Sebagai contoh CD courseware, internet, perisian dalam talian dan sebagainya.

Justeru itu, sebagai guru kita harus tahu bila dan mod apa yang hendak digunapakai bagi memastikan P & P berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai semaksimun yang boleh.

Oleh itu saya pun bersetuju agar guru-guru diberi motivasi untuk melaksanakan perubahan seperti di atas.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
HALIM PASIR DURIAN said...

Hello Nal,Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.Teruskanlah mengguna ICT. GB afektif menjamin meningkatkan prestasi sekolah TQ.

Lokasi SK Lanai